Malaysia legislation

Section 46

of AKTA KERJA (PINDAAN) 2022

Seksyen 46

(2)

Apa-apa permohonan bagi kelulusan yang dibuat di bawah subseksyen 25a(2) Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan mengikut peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(3)

Mana-mana majikan yang, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, telah menggaji mana-mana pekerja asing tetapi belum memenuhi apa-apa kehendak di bawah seksyen 60k Akta ibu hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.