Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Yang di-Pertuan Agong boleh melalui pemberitahuan dalam
Warta menyatakan kelas atau kelas-kelas bukan warganegara atau kategori atau kategori-kategori pekerjaan atau perniagaan yang baginya subseksyen (1) terpakai.
(3)
Tertakluk kepada subseksyen (1) dan (2), tiap-tiap bukan warganegara hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan bagi pendaftaran.
(4)
Ketua Pengarah hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar bagi orang yang didaftarkan di bawah Bahagian ini.
(5)
Daftar yang dikehendaki disimpan dan disenggara oleh
Ketua Pengarah di bawah subseksyen (4) hendaklah mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan.