Malaysia legislation

Section 13

of AKTA KERJA (SEKATAN) 1968

Seksyen 13

(2)

Seseorang pegawai pekerjaan boleh—

(a)

menghendaki mana-mana orang, yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai memiliki apa-apa dokumen atau maklumat yang berkaitan dengan pelaksanaan Akta ini, supaya mengemukakan apa-apa dokumen itu atau memberikan apa-apa maklumat itu; atau

(b)

menyoal mana-mana orang atau menghendaki mana-mana orang melalui notis secara bertulis supaya hadir pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang disebut dalam notis itu berkenaan dengan apa-apa dokumen atau maklumat yang, pada pendapat pegawai pekerjaan itu, adalah berkaitan dengan pelaksanaan Akta ini, dan yang dipercayainya ada dalam milikan atau pengetahuan orang itu.

Kehilangan permit kerja