Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Kerja (Sekatan)
(2)
Suatu permit kerja gantian boleh dikeluarkan oleh Ketua
Pengarah atau orang yang diberi kuasa sebagai ganti permit kerja yang telah hilang, musnah atau rosak itu.
(3)
Jika seseorang yang disebut dalam subseksyen (1), selepas memberitahukan kehilangan permit kerjanya, mendapat kembali milikan permit kerja itu dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu Ketua Pengarah atau orang yang diberi kuasa berkenaan dengan milikan yang didapat kembali itu.
(4)
Jika mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1)
mendapat kembali milikan permit kerjanya selepas suatu permit kerja gantian dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (2), dia hendaklah dengan serta-merta mengembalikan permit kerja yang didapat kembali itu bagi pembatalan.
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 796
(5)
Mana-mana orang yang menjumpai atau memperoleh sesuatu permit kerja selain permit kerjanya sendiri hendaklah dengan serta-merta menyerahkannya kepada Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa, atau kepada balai polis yang paling hampir, atau pejabat pos.
Maklumat palsu