Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(2)
Mana-mana orang yang memalsukan, mengubah atau mengusik mana-mana permit kerja melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Kerja (Sekatan)
(3)
Tiap-tiap peninggalan atau keabaian untuk mematuhi dan tiap-tiap perbuatan yang dilakukan atau cuba untuk dilakukan yang berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau apa-apa pelanggaran syarat dan sekatan yang tertakluk kepadanya atau yang berdasarkannya suatu permit kerja dikeluarkan di bawah Akta ini, menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini dan pesalah boleh, apabila disabitkan, jika tiada penalti yang diperuntukkan dengan nyata, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ringgit sehari:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh disabitkan di bawah seksyen ini semata-mata oleh sebab tidak mematuhi perenggan 13(2)(a) jika dalam masa empat puluh lapan jam selepas dikehendaki berbuat demikian dia mengemukakan atau memberikan dokumen atau maklumat dalam milikannya.
Kesan pelanggaran seksyen 9