Malaysia legislation

Section 19

of AKTA KERJA (SEKATAN) 1968

Seksyen 19

Pengecualian

(a)

anggota mana-mana suatu angkatan tentera pelawat mengikut pengertian mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuat kuasa yang mengawal selia angkatan tentera pelawat yang berada di Malaysia;

(b)

orang yang diberi tauliah dengan sewajarnya sebagai wakil diplomatik atau konsular ke Malaysia;

(c)

orang yang diberi kekebalan dan keistimewaan yang disebut dalam Jadual kepada Akta Keistimewaan Diplomatik

(Konvensyen Vienna) 1966 [Akta 636] dan dalam Jadual kepada Akta Hubungan Konsular (Konvensyen Vienna)

1999 [Akta 595];

14

Undang-Undang Malaysia

Akta 796

(d)

pekhidmat persendirian atau pekerja lain bagi orang yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c) iaitu pekerja yang diambil bekerja bagi pekerjaan itu dari negara angkatan tentera pelawat itu atau negara yang diwakili oleh orang yang disebut dalam perenggan (b) atau (c)

di Malaysia;

(e)

pegawai mana-mana pertubuhan antarabangsa yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 3a Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen

Vienna) 1966; dan

(f)

orang yang kehadirannya di Malaysia ditaja oleh Kerajaan.

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah mengecualikan mana-mana orang atau kelas orang daripada mana-mana atau kesemua peruntukan Akta ini.

Peraturan-peraturan