Malaysia legislation

Section 20

of AKTA KERJA (SEKATAN) 1968

Seksyen 20

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan secara amnya bagi melaksanakan peruntukan Akta ini, dan peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

menetapkan apa-apa fi atau caj sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini;

(b)

menetapkan bentuk daftar, permohonan dan permit atau borang lain yang dikehendaki disimpan, digunakan atau dikeluarkan;

(c)

mengadakan peruntukan bagi tatacara penggantian permit kerja yang hilang atau cacat;

(d)

mengadakan peruntukan bagi cara dan tempat permohonan permit kerja boleh dibuat;

(e)

mengadakan peruntukan bagi maklumat dan dokumen yang dikehendaki diberikan bagi maksud permohonan permit kerja;

(f)

mengadakan peruntukan bagi pemeriksaan dan pengemukaan permit kerja;

Kerja (Sekatan)

(g)

mengadakan peruntukan bagi mengambil dan merekodkan fotograf orang yang memohon permit kerja;

(h)

mengadakan peruntukan bagi membuat pembetulan dan pengubahan dalam daftar dan permit kerja;

(i)

menghendaki pengemukaan apa-apa penyata oleh mana-mana orang berhubung dengan pengambilan kerja bukan warganegara yang baginya Bahagian II terpakai mengikut apa-apa borang sebagaimana yang ditetapkan;

(j)

menetapkan bahawa mana-mana perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peraturan hendaklah menjadi suatu kesalahan; dan

(k)

mengadakan peruntukan secara amnya bagi maksud memberi kuat kuasa kepada Akta ini.