Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);
“majikan” ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak perkhidmatan untuk mengambil kerja seorang yang lain sebagai pekerja dan termasuk ejen, pengurus atau wakil perniagaan bagi orang yang mula-mula disebut itu dan perkataan “ambil kerja”
dengan variasi kenahuan dan ungkapan seasalnya hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
Akta 796
6
Undang-Undang Malaysia
Akta 796
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
“orang yang diberi kuasa” ertinya seseorang yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah bagi maksud Akta ini;
“permit kerja” ertinya permit kerja yang dikeluarkan di bawah seksyen 7;
“perniagaan” termasuklah apa-apa jenis perdagangan, perusahaan, ketukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud laba.