Malaysia legislation

Section 9

of AKTA KERJA (SEKATAN) 1968

Seksyen 9

Penamatan pekerjaan bukan warganegara

(2)

Tiap-tiap majikan yang disebut dalam subseksyen (1)

yang menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja atau berhenti mengambil kerja pekerja itu menurut subseksyen (1) atau kerana apa-apa sebab lain hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penamatan atau pemberhentian itu.

(3)

Penamatan perkhidmatan seseorang pekerja menurut subseksyen (1) tidak boleh—

(a)

dirundingi oleh sesuatu kesatuan sekerja yang mewakili orang terjejas itu; atau

(b)

menjadi hal perkara bagi sesuatu pertikaian perdagangan atau prosiding pendamaian atau apa-apa kaedah tuntutan sama ada di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.

Kesahan permit kerja