Malaysia legislation

Section 2

of AKTA KESAHTARAFAN 1961

Seksyen 2

Tafsiran

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“orang disahtarafkan” ertinya seseorang yang disahtarafkan oleh

Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini, iaitu—

(a)

Enakmen

Kesahtarafan

Negeri-Negeri

Melayu

Bersekutu [Bab 69];

(b)

Enakmen Kesahtarafan Negeri Johor [En. 19 tahun 1936]; dan

(c)

Ordinan Kesahtarafan Negeri-Negeri Selat [Bab 85];

“pemberian” ertinya jaminan bagi apa-apa kepentingan mengenai harta dengan apa-apa surat cara, sama ada inter vivos atau melalui wasiat;

“si mati tidak berwasiat” termasuklah seseorang yang meninggalkan wasiat tetapi mati tidak berwasiat tentang sebahagian daripada kepentingan benefisial mengenai harta pusakanya;

“tarikh pengesahtarafan” ertinya tarikh perkahwinan yang membawa kepada pengesahtarafan itu atau, jika perkahwinan itu 060B.fm Page 5 Friday, March 31, 2006 6:40 PM

6

Undang-Undang Malaysia berlaku sebelum tarikh yang ditetapkan, ertinya tarikh yang ditetapkan;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya—

(a)

dalam hal Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, 1 Januari 1933;

(b)

dalam hal Negeri Johor, Melaka dan Pulau Pinang, 1

Julai 1936;

(c)

dalam hal Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan

Perlis, 23 Mac 1961; dan

(d)

dalam hal Negeri Sabah dan Sarawak, 1 Januari 1972;

“wasiat” termasuklah kodisil.

(2)

Sebutan dalam Akta ini tentang Malaysia hendaklah ditafsirkan, berhubung dengan bila-bila masa sebelum Hari

Malaysia, sebagai sebutan tentang wilayah yang sekarang ini termasuk dalam Malaysia.

Syarat pemakaian Akta

Section 2 — AKTA KESAHTARAFAN 1961 | mylaw.my