Malaysia legislation

Section 3

of AKTA KESAHTARAFAN 1961

Seksyen 3

(1)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh berkuat kuasa untuk mengesahtarafkan seseorang melainkan jika perkahwinan yang membawa kepada pengesahtarafan itu telah diupacarakan dan didaftarkan mengikut—

(a)

Ordinan Perkahwinan Sivil 1952 [Ord. 44 tahun 1952]*, atau Ordinan Perkahwinan Kristian 1956

[Ord. 33 tahun 1956]*;

(b)

Ordinan Perkahwinan Kristian [Bab 24]* atau

Ordinan Perkahwinan 1959 [Ord. 14 tahun 1959]*,

Sabah; atau

(c)

Ordinan Perkahwinan Gereja dan Sivil Sarawak [Bab 92]*, atau mana-mana Enakmen atau Ordinan yang dimansuhkan oleh mana-mana Ordinan yang tersebut itu.

(2)

(Dipotong oleh Akta 164).

*CATATAN—Ordinan ini telah dimansuhkan oleh seksyen 109 Akta Membaharui

Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] melalui Akta A498

berkuat kuasa pada 15-08-1980 – lihat seksyen 23 Akta A498.