Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Tertakluk kepada seksyen 3, jika ibu bapa orang tidak sah taraf mengahwini atau telah mengahwini satu sama lain, sama ada sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, perkahwinan itu hendaklah, jika bapa orang tidak sah taraf itu telah atau sedang berdomisil di Malaysia pada tarikh perkahwinan itu, menjadikan orang itu, jika hidup, sah taraf dari tarikh yang ditetapkan atau dari tarikh perkahwinan itu, mengikut mana-mana yang terkemudian.