Malaysia legislation

Section 5

of AKTA KESAHTARAFAN 1961

Seksyen 5

Perisytiharan kesahtarafan orang disahtarafkan

(1)

Seseorang yang mendakwa bahawa dia atau ibu atau bapanya atau mana-mana leluhur jauhnya menjadi atau telah menjadi orang disahtarafkan boleh, sama ada dia berdomisil di

Malaysia atau di tempat lain, memohon melalui petisyen kepada

Mahkamah Tinggi meminta Mahkamah itu membuat suatu dekri yang mengisytiharkan bahawa pempetisyen itu anak sah taraf ibu bapanya, atau bahawa ibu atau bapanya atau leluhur jauhnya sah taraf; dan Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan itu dan untuk membuat suatu dekri yang mengisytiharkan kesahtarafan atau ketidaksahtarafan orang itu sebagaimana yang difikirkan adil oleh

Mahkamah itu; dan dekri itu hendaklah, bagi segala tujuan dan maksud, mengikat semua orang, tidak kira siapa jua.

(2)

Tiap-tiap petisyen di bawah seksyen ini hendaklah disertakan dengan afidavit yang menentusahkan fakta yang dikatakan dalamnya, dan dengan apa-apa bukti tentang ketiadaan fraud atau pakatan sulit, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah melalui apa-apa kaedah am.

(3)

Dalam segala prosiding di bawah seksyen ini, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa penuh untuk mengaward dan menguatkuasakan pembayaran kos kepada mana-mana orang yang dipanggil, sama ada orang itu menentang atau tidak 060B.fm Page 7 Friday, March 31, 2006 6:40 PM

8

Undang-Undang Malaysia menentang perisytiharan yang dipohon itu, sekiranya Mahkamah tersebut mendapati munasabah kos itu dibayar.

(4)

Satu salinan bagi tiap-tiap petisyen di bawah seksyen ini, dan bagi afidavit yang disertakan bersamanya, hendaklah, tidak kurang daripada satu bulan sebelum pemfailannya, diserahkan kepada Peguam Negara yang hendaklah menjadi responden dalam pendengaran petisyen itu dan dalam tiap-tiap prosiding kemudiannya berhubungan dengannya.

(5)

Jika apa-apa permohonan dibuat kepada Mahkamah di bawah seksyen ini, orang itu (jika ada) selain Peguam Negara, yang difikirkan patut oleh Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini, dipanggil untuk menghadiri prosiding atau selainnya disaman mengikut cara yang diarahkan oleh Mahkamah, dan boleh dibenarkan menjadi pihak kepada prosiding itu, dan menentang permohonan itu.

(6)

Dekri Mahkamah tidak boleh, bagaimanapun, memudaratkan mana-mana orang—

(a)

jika dibuktikan kemudiannya bahawa dekri itu telah didapati melalui fraud atau pakatan sulit; atau

(b)

melainkan jika orang itu telah dipanggil atau dijadikan pihak kepada prosiding itu atau waris di sisi undang-undang, waris kadim atau wakil harta tanah atau wakil diri yang lain kepada, atau mendapat hakmilik di bawah atau melalui, seseorang yang dipanggil atau dijadikan pihak sedemikian.

(7)

Tiada prosiding yang diadakan di bawah seksyen ini boleh menyentuh mana-mana penghakiman atau dekri muktamad yang telah diumumkan atau dibuat oleh mana-mana Mahkamah yang berbidang kuasa kompeten.

(8)

Jawatankuasa Kaedah-Kaedah boleh membuat kaedah-kaedah untuk melaksanakan peruntukan seksyen ini.

Hak orang disahtarafkan untuk mengambil kepentingan mengenai harta