Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Pemakaian bagi orang tidak sah taraf yang mati sebelum perkahwinan ibu bapa
Jika selepas tarikh yang ditetapkan dan sebelum perkahwinan ibu bapanya seseorang yang tidak sah taraf mati dengan meninggalkan suami atau isteri, anak atau zuriat jauh yang hidup pada tarikh perkahwinan itu, maka jika orang itu akan menjadi orang disahtarafkan sekiranya dia hidup pada masa perkahwinan ibu bapanya, peruntukan Akta ini berkenaan dengan pengambilan 060B.fm Page 9 Friday, March 31, 2006 6:40 PM
10
Undang-Undang Malaysia kepentingan mengenai harta oleh, atau sebagai waris, suami atau isteri, anak dan zuriat jauh orang disahtarafkan hendaklah terpakai seolah-olah orang yang disebut terdahulu itu ialah orang disahtarafkan dan tarikh perkahwinan ibu bapanya ialah tarikh pengesahtarafannya.