Malaysia legislation

Section 9

of AKTA KESAHTARAFAN 1961

Seksyen 9

Hak dan obligasi diri orang disahtarafkan

Orang disahtarafkan hendaklah mempunyai hak yang sama dan obligasi yang sama berkenaan dengan nafkah dan sara hidup bagi dirinya atau mana-mana orang lain seolah-olah dia telah dilahirkan sah taraf, dan tertakluk kepada Akta ini, peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan tuntutan untuk mendapatkan ganti rugi, pampasan, elaun, faedah atau selainnya oleh atau berkenaan dengan anak sah taraf hendaklah terpakai mengikut cara yang sama dalam hal orang disahtarafkan.

Section 9 — AKTA KESAHTARAFAN 1961 | mylaw.my