Malaysia legislation
Section 9
of AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) (PINDAAN) 2015
Seksyen 9
“Senarai dokumen dan benda
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut:
“Kebolehterimaan komunikasi yang dipintas dan maklumat pemonitoran, penjejakan atau pengawasan
Quoted provision
Seksyen 24
(2)
Maklumat yang diperoleh melalui pemintasan komunikasi di bawah seksyen 6 hanya boleh diterima jika dikemukakan melalui suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa maklumat yang diperoleh sedemikian telah dibenarkan oleh Pendakwa Raya.
(3)
Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) bersama-sama dengan apa-apa dokumen atau benda yang diekshibitkan atau dilampirkan kepada perakuan itu hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa pemintasan komunikasi itu telah dibenarkan sedemikian, dan perakuan itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangan Pendakwa Raya.
(4)
Tiada seorang pun atau pegawai polis berada di bawah apa-apa kewajipan, obligasi atau liabiliti atau dengan apa-apa cara boleh dipaksa untuk menzahirkan dalam apa-apa prosiding mengenai tatacara, kaedah, cara atau jalan atau peranti yang digunakan berkenaan dengan—
(a)
apa-apa jua yang dilakukan di bawah seksyen 6; dan
(b)
apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemonitoran, penjejakan atau pengawasan mana-mana orang.
(5)
Maklumat yang diperoleh melalui komunikasi yang dipintas di bawah seksyen 6 boleh dalam bentuk naratif atau kata demi kata sama ada dalam bahasa asal atau sebagai terjemahan ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa
Inggeris.”.
Pindaan Jadual Pertama