Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(a)
jika dia berpuas hati bahawa orang itu tidak bercelaru mental, dia hendaklah melepaskannya;
(b)
jika dia berpuas hati bahawa, walaupun masih bercelaru mental, orang itu tidak memerlukan jagaan atau rawatan lanjut di hospital psikiatri dan tidak berbahaya
Kesihatan Mental 25
kepada dirinya atau kepada orang lain, dia hendaklah melepaskan orang itu; atau
(c)
jika dia berpuas hati bahawa orang itu bercelaru mental, dia hendaklah membuat suatu perintah dalam borang yang ditetapkan yang ditandatangani olehnya supaya orang itu dimasukkan dan ditahan di hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan, dan menghantar orang itu ke dalam jagaan yang sesuai di hospital psikiatri itu.
(2)
Tiada perintah boleh dibuat di bawah perenggan (1)(c) oleh seorang pegawai perubatan atau seorang pengamal perubatan berdaftar yang merupakan seorang saudara, rakan kongsi atau penolong orang yang akan dimasukkan itu atau orang yang menyampaikan permintaan bagi kemasukan orang itu ke dalam hospital psikiatri.
(3)
Jika suatu perintah telah dibuat di bawah perenggan (1)(c)—
(a)
orang yang dimaksudkan dalam perintah itu hendaklah dimasukkan ke dalam hospital psikiatri oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hospital psikiatri itu; dan
(b)
Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah, dalam tempoh dua puluh empat jam dari kemasukan pesakit itu, membuat atau menyebabkan dibuat ke atas pesakit itu apa-apa pemeriksaan yang difikirkannya perlu bagi memastikan sama ada atau tidak penahanan lanjut orang itu perlu.
(4)
Jika berdasarkan pemeriksaan orang itu Pengarah Perubatan—
(a)
tidak berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu perlu, dia hendaklah melepaskan orang itu; atau
(b)
berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu perlu untuk pemerhatian, jagaan atau rawatan, dia hendaklah
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 615
membuat suatu perintah dalam borang yang ditetapkan yang ditandatangani olehnya bagi penahanan orang itu selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu bulan.
(5)
Jika seseorang pesakit ditahan di bawah perenggan (4)(b),
Pengarah Perubatan hospital psikiatri hendaklah, sebelum perintah itu tamat tempoh, menyebabkan supaya dilakukan ke atas pesakit itu pemeriksaan yang difikirkannya perlu untuk menentukan sama ada penahanan lanjut orang itu wajar.
(6)
Pemeriksaan orang itu di bawah subseksyen (5) hendaklah dilakukan oleh dua orang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, salah seorang daripadanya hendaklah merupakan ahli psikiatri.
(7)
Jika berdasarkan pemeriksaan orang itu di bawah subseksyen
(6)
pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar itu, mengikut mana-mana yang berkenaan—
(a)
tidak berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu wajar, mereka hendaklah melepaskan orang itu; atau
(b)
berpuas hati bahawa penahanan lanjut orang itu wajar, mereka hendaklah membuat suatu perintah dalam borang yang ditetapkan yang ditandatangani oleh mereka bagi penahanan orang itu selama suatu tempoh lanjut yang tidak melebihi tiga bulan.