Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Kesihatan Mental 27
(2)
Apabila menerima permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), Pengarah Perubatan hendaklah memeriksa pesakit yang berkenaan dengannya permohonan itu telah dibuat dan hendaklah merekodkan dapatannya dalam suatu laporan.
(3)
Pengarah Perubatan tidak boleh melepaskan pesakit itu melainkan jika dia berpuas hati, berasaskan pemeriksaan di bawah subseksyen (2) bahawa pesakit itu—
(a)
tidak bercelaru mental; atau
(b)
walaupun masih kecelaruan mental, tidak memerlukan jagaan atau rawatan lanjut di hospital psikiatri dan tidak berbahaya kepada dirinya atau kepada orang lain.
(4)
Seseorang yang terkilan dengan keputusan
Pengarah
Perubatan di bawah subseksyen (3) yang enggan melepaskannya boleh merayu secara bertulis kepada Pelawat dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keputusan itu.
(5)
Apabila suatu rayuan dibuat di bawah subseksyen (4),
Pengarah
Perubatan hendaklah mengemukakan laporan pemeriksaannya di bawah subseksyen (2) kepada Pelawat.
(6)
Apabila menerima rayuan yang dibuat di bawah subseksyen
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 615
(4)
, Pelawat hendaklah memeriksa sendiri orang yang berkenaan dengannya rayuan itu dibuat dan merekodkan dapatan mereka dalam suatu laporan.
(7)
Pelawat itu tidak boleh melepaskan pesakit itu melainkan jika mereka berpuas hati, berdasarkan pemeriksaan di bawah subseksyen
(6)
dan laporan Pengarah Perubatan, bahawa pesakit itu—
(a)
tidak bercelaru mental; atau
(b)
walaupun masih bercelaru mental, tidak memerlukan jagaan atau rawatan lanjut di hospital psikiatri dan tidak berbahaya kepada dirinya atau kepada orang lain.
(8)
Seseorang yang terkilan dengan keputusan Pelawat di bawah subseksyen (7) boleh merayu secara bertulis kepada Ketua
Pengarah dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keengganan Pelawat untuk membenarkan pelepasannya.
(9)
Apabila rayuan dibuat di bawah subseksyen (8), Pelawat hendaklah mengemukakan laporan pemeriksaan mereka di bawah subseksyen (6) bersama dengan laporan Pengarah Perubatan kepada
Ketua Pengarah.
(10)
Jika setelah mengambil kira keadaan mental semasa pesakit dan setelah menimbangkan laporan Pengarah Perubatan dan laporan
Pelawat, Ketua Pengarah tidak berpuas hati bahawa penahanan lanjut pesakit itu perlu, dia hendaklah mengarahkan supaya pesakit itu dilepaskan.
Kebenaran bercuti