Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
Pengarah Perubatan sesuatu hospital psikiatri yang dilantik di bawah subseksyen 5(1) atau seksyen 6, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan termasuk
Timbalan Pengarah Perubatan yang dilantik di bawah seksyen itu; dan
(b)
Ketua Psikiatri yang dilantik di bawah subseksyen 5(2);
“penjaga”, berhubung dengan orang yang belum dewasa, ertinya ibu atau bapa atau ibu bapa orang yang belum dewasa itu, atau orang yang dilantik dengan sah melalui wasiat atau dengan perintah suatu
Mahkamah berwibawa sebagai penjaga kepada orang yang belum dewasa itu, atau seorang yang mempunyai jagaan sah kepada orang yang belum dewasa;
“pesakit sukarela” ertinya seseorang yang dimasukkan ke dalam suatu hospital psikiatri di bawah seksyen 9;
“pesakit tidak sukarela” ertinya seseorang yang dimasukkan ke dalam suatu hospital psikiatri di bawah seksyen 10, atau yang ditahan di hospital itu di bawah subseksyen 9(5) atau 14(1) atau 14(3), atau yang diterima masuk ke dalam hospital psikiatri melalui perintah
Mahkamah di bawah seksyen 73;
“pusat kesihatan mental masyarakat” ertinya suatu pusat kesihatan mental masyarakat kerajaan atau suatu pusat kesihatan mental masyarakat swasta, dan termasuk pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan;
“pusat kesihatan mental masyarakat kerajaan” ertinya mana-mana premis yang ditetapkan sebagai pusat kesihatan mental kerajaan di bawah seksyen 33;
“pusat kesihatan mental masyarakat swasta” ertinya mana-mana premis yang dilesenkan sebagai pusat kesihatan mental masyarakat
Kesihatan Mental 13
swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Swasta 1998;
“pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan”
ertinya pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan di bawah seksyen 34;
“rakan”, berhubung dengan orang bercelaru mental, ertinya—
(a)
seseorang, selain saudara, yang berumur lapan belas tahun atau lebih yang dengannya orang yang bercelaru mental pada lazimnya tinggal (atau jika orang bercelaru mental itu pada masa itu merupakan seorang pesakit yang dimasukkan ke dalam suatu hospital psikiatri, yang dengannya dia terakhir pada lazimnya tinggal sebelum dia dimasukkan), dan yang dengannya dia telah atau pernah pada lazimnya tinggal selama suatu tempoh yang tidak kurang daripada dua tahun; atau
(b)
sesuatu badan atau organisasi yang diiktiraf oleh Menteri di bawah subseksyen (4);
“rumah jagaan kejururawatan psikiatri” ertinya rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan atau rumah jagaan kejururawatan swasta, dan termasuk rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan;
“rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan”
ertinya mana-mana premis yang ditetapkan sebagai rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan di bawah seksyen 27;
“rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta” ertinya mana-mana premis yang dilesenkan sebagai rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Swasta 1998;
“rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan”
ertinya rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan di bawah seksyen 28;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 615
“saudara” ertinya mana-mana orang yang berikut yang berumur 18
tahun atau lebih:
(a)
suami atau isteri;
(b)
anak lelaki atau perempuan;
(c)
bapa atau ibu;
(d)
adik beradik;
(e)
datuk atau nenek;
(f)
cucu;
(g)
bapa atau ibu saudara sebelah bapa atau ibu;
(h)
anak saudara.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam takrif “kecelaruan mental” dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkan sebagai menyiratkan bahawa seseorang itu boleh diuruskan di bawah Akta ini sebagai mengidap kecelaruan mental hanya atas sebab kecabulannya atau kelakuan tidak bermoral yang lain, penyimpangan seksual, penggunaan arak atau dadah, atau jika dia menyatakan atau enggan atau gagal menyatakan pendapat atau kepercayaan politik atau agama yang tertentu, atau keperibadiannya yang antisosial.
(3)
Subseksyen (2) tidak menghalang kesan fisiologi, biokemikal atau psikologi serius sementara atau kekal, akibat penggunaan dadah atau arak, daripada dianggap sebagi suatu tanda bahawa seseorang itu berpenyakit mental.
(4)
Menteri boleh mengiktiraf sesuatu badan atau organisasi sebagai “rakan” jika Menteri berpuas hati tentang pewatakan dan kesesuaian anggota lembaga pengarah atau jawatankuasa atau badan pengelola lain badan atau organisasi itu.
Kesihatan Mental 15
Penetapan hospital psikiatri kerajaan