Malaysia legislation
Section 55
Seksyen 55
(2)
Perintah Mahkamah itu hendaklah juga memperuntukkan bahawa jika orang yang berkenaan diperakukan sebelum habis tempoh pemerhatian itu tidak bercelaru mental, orang itu hendaklah dilepaskan oleh Pengarah Perubatan ke dalam jagaan orang yang membuat permohonan di bawah subseksyen 52(3) dan hendaklah hadir di hadapan Mahkamah pada masa dan ditempat yang ditetapkan oleh Mahkamah.
(3)
Apabila orang yang berkenaan itu dimasukkan ke hospital psikiatri di bawah subseksyen (1), Pengarah Perubatan hendaklah meletakkan orang itu di bawah pemerhatian dan hendaklah, sebelum habis tempoh pemerhatian yang tersebut dalam perintah itu, memperakui secara bertulis kepada Mahkamah pendapatnya tentang keadaan minda orang itu.
(4)
Dalam membuat pemerakuan di bawah subseksyen (3)
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 615
Pengarah Perubatan itu hendaklah menimbangkan perkara yang dinyatakan dalam subseksyen 54(2).
(5)
Perakuan di bawah subseksyen (3) hendaklah diterima dalam keterangan pada siasatan yang diadakan oleh
Mahkamah di bawah Bahagian ini.
(6)
Jika, pada bila-bila masa selepas pemerakuan, orang itu yang bercelaru mental atau menjadi yang bercelaru mental, pemohon di bawah subseksyen 52(3) yang dibawah jagaannya orang itu diletakkan apabila dilepaskan di bawah subseksyen (2) hendaklah memastikan bahawa orang itu hadir di hadapan Mahkamah pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh mahkamah itu.
Persoalan untuk diputuskan oleh Mahkamah