Malaysia legislation

Section 69

of *AKTA KESIHATAN MENTAL 2001

Seksyen 69

Pemindahan saham, sekuriti, dsb., orang bercelaru mental

Jika apa-apa saham atau sekuriti Kerajaan atau apa-apa syer atau debentur dalam sesuatu syarikat awam, yang boleh dipindahkan hakmiliknya di dalam Malaysia atau yang dividennya kena dibayar di Malaysia, adalah di atas nama, atau terletak hak pada, seseorang orang bercelaru mental yang ada berhak secara benefisial kepada saham, sekuriti, syer atau debentur itu, atau jawatankuasa bagi estet orang bercelaru mental, atau seorang pemegang amanah untuknya, dan jawatankuasa atau pemegang amanah mati tak berwasiat atau dia

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 615

sendiri menjadi bercelaru mental atau berada di luar daripada bidang kuasa Mahkamah, atau tidak pasti sama ada jawatankuasa atau pemegang amanah masih hidup atau sudah mati atau dia telah mengabaikan atau enggan memindahkan saham, sekuriti, syer atau debentur itu atau untuk menerima dan membayar dividen kepada suatu jawatankuasa atau pemegang amanah yang baru, atau sebagaimana yang diarahkan olehnya, dalam masa empat belas hari selepas dikehendaki oleh orang itu supaya dia berbuat demikian,

Mahkamah boleh memerintahkan orang yang layak dan patut untuk membuat pemindahan atau untuk memindahkan saham, sekuriti, syer atau debentur itu dan untuk menerima dan membayar dividen itu mengikut cara yang diarahkan oleh Mahkamah, dan pemindahan atau pembayaran itu hendaklah sah dan berkesan untuk segala maksud.