Malaysia legislation

Section 71

of *AKTA KESIHATAN MENTAL 2001

Seksyen 71

Jika Mahkamah mendapati, selepas mengambil kira situasi dan keadaan hidup orang yang bercelaru mental dan keluarganya dan hal keadaan lain yang berkaitan dalam kes itu, adalah suai manfaat bahawa hartanya patut dijadikan tersedia untuk nafkahnya atau mereka dengan cara yang langsung dan tidak mahal, Mahkamah boleh, sebagai ganti melantik suatu jawatankuasa bagi estetnya, memerintahkan supaya harta itu, jika wang, atau jika daripada apa-apa perihalan lain, hasilnya apabila diperoleh, dibayar kepada mana-mana orang yang dianggap oleh Mahkamah layak untuk dilantik, bagi digunakan untuk nafkah orang bercelaru mental itu dan keluarganya dan segala bayaran yang dibuat sedemikian hendaklah merupakan suatu pelepasan yang baik bagi orang yang membuat bayaran itu.