Malaysia legislation

Section 77

of *AKTA KESIHATAN MENTAL 2001

Seksyen 77

(a)

oleh pesakit itu sendiri jika dia berupaya untuk memberikan keizinan sebagaimana yang dinilai oleh seorang ahli psikiatri;

(b)

oleh penjaganya dalam hal seseorang orang belum dewasa atau seorang saudaranya dalam hal seseorang orang dewasa, sekiranya pesakit itu tidak berupaya untuk memberikan keizinan;

(c)

oleh dua orang ahli psikiatri, salah seorang daripadanya hendaklah merupakan ahli psikiatri yang merawatnya, jika tiada penjaga atau saudara pesakit itu yang ada atau dapat dikesan dan pesakit itu sendiri tidak berupaya memberikan kebenaran.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), adalah menjadi kewajipan pengamal perubatan berdaftar yang berkenaan untuk memastikan bahawa keizinan selepas diberi maklumat didapatkan terlebih dahulu daripada pesakit di bawah perenggan (1)(a) sebelum menggunakan perenggan (1)(b) atau (1)(c).

(3)

Dalam hal kecemasan, keizinan bagi pembedahan atau terapi elektrokonvulsif boleh diberikan—

(a)

oleh penjaga atau saudara pesakit itu; atau

(b)

oleh dua orang pegawai perubatan atau dua orang pengamal perubatan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, salah seorang daripadanya hendaklah merupakan seorang ahli psikiatri, jika tiada penjaga atau saudara bagi pesakit itu yang ada atau dapat dikesan dengan segera.

(4)

Kecuali bagi subseksyen (1) dan (2), tiada keizinan dikehendaki bagi rawatan konvensional dalam bentuk yang lain.

Kesihatan Mental 61

(5)

Dalam menentukan sama ada atau tidak seseorang orang yang bercelaru mental itu berupaya untuk memberikan keizinan di bawah perenggan (1)(a), ahli psikiatri yang memeriksanya hendaklah menimbangkan sama ada orang yang diperiksa itu memahami—

(a)

keadaan yang baginya rawatan itu dicadangkan;

(b)

sifat dan tujuan rawatan itu;

(c)

risiko yang terlibat dalam menjalani rawatan itu;

(d)

risiko yang terlibat jika tidak menjalani rawatan itu; dan

(e)

sama ada atau tidak keupayaannya untuk memberikan keizinan adalah dipengaruhi oleh keadaannya.

Kewajipan untuk memberikan maklumat kepada orang yang ditahan