Malaysia legislation
Section 92
Seksyen 92
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a)
untuk menetapkan borang dan perakuan yang digunakan bagi maksud Akta ini;
(b)
untuk menetapkan piawaian dan spesifikasi berkenaan dengan tempat, reka bentuk dan pembinaan hospital psikiatri kerajaan atau swasta termasuk hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat;
(c)
untuk menetapkan piawaian bagi penginapan, sanitasi atau kemudahan lain di hospital psikiatri kerajaan atau swasta termasuk hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat;
(d)
untuk menetapkan piawaian bagi perkakas, peralatan, kelengkapan, alat, bahan, perabot dan benda lain yang hendak disediakan oleh hospital psikiatri kerajaan atau swasta termasuk hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat;
(e)
untuk menetapkan piawaian bagi penyenggaraan, pentadbiran atau keanggotaan kakitangan bagi, dan penyedian kemudahan dan perkhidmatan oleh, hospital psikiatri kerajaan atau swasta termasuk hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta dan pusat kesihatan
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 615
mental masyarakat;
(f)
untuk mengawal selia penyimpanan apa-apa buku, rekod, daftar atau dokumen lain atau pemberian apa-apa laporan atau perangkaan sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini;
(g)
untuk menetapkan pengurusan, pengawalan, pengawasan dan penjagaan hospital psikiatri kerajaan atau swasta termasuk hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta atau pusat kesihatan mental masyarakat termasuk fungsi, tanggungjawab, kewajipan dan kuasa
Pengarah Perubatan, Timbalan Pengarah Perubatan atau orang yang bertanggungjawab bagi hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat;
(h)
untuk menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan hak dan keistimewaan pesakit;
(i)
untuk menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan pengeluaran komunikasi oleh dan dengan orang yang ditahan di dalam hospital psikiatri.
(j)
untuk menetapkan syarat dan hal keadaan yang membolehkan cara pengekangan atau pengasingan secara fizikal atau kimia digunakan ke atas orang yang ditahan di hospital psikiatri;
(k)
untuk menetapkan kewajipan dan kuasa, dan tatacara yang perlu diikuti oleh Lembaga;
(l)
untuk mengadakan peruntukan bagi jaminan kualiti boleh terima dan kawalan kualiti berkenaan dengan hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri dan pusat kesihatan mental masyarakat;
(m)
untuk menetapkan jenis kejadian yang tidak dapat
Kesihatan Mental 69
diramalkan atau dijangkakan yang hendaklah dilaporkan, tatacara pelaporan, cara penyiasatan yang hendaklah dijalankan, laporan dan data perangkaan yang hendaklah dikemukakan;
(n)
untuk menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan pernyataan dasar dan semua perkara yang berhubungan dengan mekanisme ketidakpuasan hati;
(o)
untuk menetapkan apa-apa yang hendaklah atau boleh ditetapkan di bawah Akta ini.
Pemansuhan dan kecualian