Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Tiada pampasan kena dibayar kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kecederaan kepada dirinya atau kerosakan kepada hartanya yang disebabkan oleh atau akibat daripada apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Akta ini melainkan jika peruntukan bagi pampasan tersebut dibuat oleh Akta ini.
(3)
Jika, pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 11, apa-apa harta atau mana-mana ruang atau tempat tinggal di mana-mana tanah, bangunan, vesel, kenderaan atau pesawat udara diambil milik bagi maksud menjamin penyenggaraan perkhidmatan awam, apa-apa pampasan yang kena dibayar berkenaan dengan pemilikan itu hendaklah kena dibayar oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi menyediakan perkhidmatan itu.
Kawalan ke atas orang