Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958

Seksyen 2

Tafsiran

Dalam Akta ini, kecuali setakat yang konteksnya menghendaki makna yang lain atau diperuntukkan dengan nyata selainnya–

―bahan kakisan‖ ertinya mana-mana asid dan bahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan hendaklah disifatkan termasuk segala bahan yang apabila dikenakan pada tubuh manusia boleh menyebabkan kecederaan melalui tindakan kakisan;

―bahan letupan‖ hendaklah disifatkan termasuk apa-apa benda bagi membuat apa-apa bahan letupan dan apa-apa bom, bom tangan, radas, jentera, alat atau benda yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan atau disesuaikan bagi menyebabkan atau membantu menyebabkan sesuatu letupan dalam atau dengan sesuatu bahan letupan dan mana-mana bahagian bom, bom tangan, perkakas, jentera atau alat itu;

―cedera‖ ertinya cedera sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun

Keseksaan [Akta 574];

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

―dokumen‖ termasuklah apa-apa bahan yang padanya direkodkan apa-apa perkara, sama ada dengan huruf, angka, tanda, rupaan gambar atau rupaan lain, atau dengan lebih dari satu daripada cara-cara ini;

―dokumen subversif‖ ertinya apa-apa dokumen yang mengandungi–

(a)

apa-apa perkara yang menghasut dalam erti Akta Hasutan 1948[Akta 15];

(b)

apa-apa perkara yang mungkin memudaratkan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam;

(c)

apa-apa perkara yang menasihatkan atau mungkin menyebabkan keingkaran, kepada undang-undang

Malaysia atau apa-apa perintah yang sah di dalamnya;

(d)

apa-apa perkara yang mengapikan atau mungkin menyebabkan keganasan yang menyalahi undang-undang atau menggalakkan perasaan niat jahat atau permusuhan di antara ras atau golongan penduduk yang berlainan di

Malaysia; atau

(e)

apa-apa perkara yang mungkin mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan ketidaksetiaan terhadap mana-mana pekhidmat awam dalam pelaksanaan tugasnya atau mana-mana golongan pekhidmat awam atau terhadap mana-mana angkatan bersenjata yang berada dengan sah di Malaysia atau mana-mana anggota mana-mana angkatan itu dalam pelaksanaan tugasnya;

―kawasan diproklamasi‖ ertinya suatu kawasan yang berkenaan dengannya suatu proklamasi yang dibuat atau diperbaharui di bawah seksyen 3 sedang berkuat kuasa;

―Ketua Pegawai Polis‖ termasuklah Pesuruhjaya Polis yang diberi kuasa pengawalan bagi Polis Diraja Malaysia berkenaan dengan mana-mana kawasan atau Negeri dan mana-mana pegawai kanan polis yang pada masa itu diberi kuasa dengan sah untuk menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas yang diberi kepada atau dipertanggungkan ke atas Ketua Polis oleh Akta ini;

Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 7

―Semenanjung

Malaysia‖

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan;

―pegawai polis‖ termasuklah seorang pegawai polis simpanan sukarela dan pegawai polis tambahan yang dilantik mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa;

―senjata berbahaya‖ termasuklah apa-apa alat yang jika digunakan sebagai senjata berbahaya mungkin akan menyebabkan kecederaan.

Section 2 — AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958