Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958

Seksyen 30

Jika mana-mana orang di mana-mana tempat di Malaysia dalam mana-mana tempoh yang suatu proklamasi di bawah seksyen 3

berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana kawasan di Malaysia melakukan apa-apa perbuatan atau mengeluarkan apa-apa perkataan atau mencetak, menyiarkan, menjual, menawarkan untuk jualan, mengedarkan atau mengeluarkan semula untuk edaran atau mengimport atau mempunyai dalam miliknya apa-apa dokumen yang mengandungi apa-apa perkara yang─

(a)

mungkin memudaratkan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam dalam kawasan diproklamasi atau di mana-mana bahagian lain di Malaysia; atau

(b)

menasihatkan atau mungkin menyebabkan keingkaran kepada undang-undang

Malaysia atau mana-mana perintah yang sah yang dibuat di bawahnya atau galangan kepada pegawai awam dalam melaksanakan tugas mereka untuk memulihkan atau menyenggara ketenteraman awam; atau

Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 27

(c)

mengapikan atau mungkin menyebabkan keganasan yang menyalahi undang-undang atau menggalakkan perasaan niat jahat atau permusuhan di antara ras atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau

(d)

mungkin mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan ketidaksetiaan terhadap mana-mana pekhidmat awam dalam pelaksanaan tugasnya atau terhadap mana-mana golongan pekhidmat awam atau terhadap mana-mana angkatan bersenjata yang berada dengan sahnya di Malaysia atau mana-mana anggota mana-mana angkatan itu dalam pelaksanaan tugasnya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Kecualian

Section 30 — AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958