Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958

Seksyen 7

(2)

Tiada perintah di bawah seksyen ini terpakai bagi–

(a)

yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua

Negeri;

(b)

mana-mana pegawai polis atau mana-mana anggota mana-mana angkatan laut, tentera atau udara yang ditubuhkan atau berkhidmat di Malaysia apabila bertugas; atau

(c)

mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan daripada perintah itu oleh Ketua Pegawai

Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis.

(3)

Kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh

Ketua Pegawai Polis:

Dengan syarat bahawa tiada perintah yang dibuat menurut subseksyen ini boleh menjadi sah setelah habisnya tempoh dua puluh empat jam dari masa ia dibuat melainkan jika disahkan oleh Ketua

Pegawai Polis.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

(4)

Menteri boleh mengubah atau membatalkan apa-apa perintah yang dibuat oleh seorang pegawai polis pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1).

Pengusiran orang

Section 7 — AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958