Malaysia legislation
Section 118
Seksyen 118
Semua orang adalah berwibawa untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat bahawa mereka tidak boleh memahami soalan yang dikemukakan kepada mereka atau tidak dapat memberikan jawapan yang rasional kepada soalan itu oleh sebab umur terlalu muda, terlalu tua, penyakit, sama ada penyakit tubuh atau penyakit otak, atau oleh apa-apa sebab lain yang seumpamanya.
Keterangan 93
Huraian—Seseorang yang sakit otak atau seseorang gila berwibawa untuk memberikan keterangan melainkan jika oleh sebab keadaannya dia tidak boleh memahami soalan yang dikemukakan kepadanya dan tidak dapat memberikan jawapan yang rasional kepada soalan itu.