Malaysia legislation
Section 136
Seksyen 136
Mahkamah hendaklah memutuskan tentang kebolehterimaan keterangan
(2)
Jika fakta yang dicadangkan hendak dibuktikan itu ialah suatu fakta yang keterangan mengenainya boleh diterima hanya setelah sesuatu fakta lain dibuktikan, fakta yang akhir disebut itu mestilah dibuktikan sebelum keterangan diberikan mengenai fakta yang mula-mula disebut itu, melainkan jika pihak itu mengaku janji untuk membuktikan fakta itu dan mahkamah berpuas hati dengan aku janji itu.
(3)
Jika keberkaitan suatu fakta yang dikatakan bergantung pada terbuktinya suatu fakta lain yang dikatakan terlebih dahulu, mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, sama ada membenarkan keterangan mengenai fakta yang pertama itu diberikan sebelum fakta yang kedua itu dibuktikan, atau menghendaki supaya keterangan diberikan mengenai fakta yang kedua itu sebelum keterangan diberikan mengenai fakta yang pertama itu.
(a)
Dicadangkan untuk membuktikan suatu pernyataan mengenai suatu fakta berkaitan yang telah dibuat oleh seseorang yang dikatakan telah mati, iaitu pernyataan yang berkaitan di bawah seksyen 32.
Fakta bahawa orang itu telah mati mestilah dibuktikan oleh orang yang bercadang hendak membuktikan pernyataan itu sebelum keterangan diberikan mengenai pernyataan itu.
(b)
Dicadangkan untuk membuktikan kandungan suatu dokumen yang dikatakan telah hilang dengan mengemukakan salinannya.
Fakta bahawa dokumen asal itu telah hilang mestilah dibuktikan oleh orang yang bercadang hendak mengemukakan salinan itu sebelum salinan itu dikemukakan.
Keterangan 101
(c)
A dituduh menerima harta curi, dengan diketahuinya harta itu telah dicuri.
Dicadangkan untuk membuktikan bahawa dia telah menafikan yang harta itu ada dalam milikannya.
Keberkaitan penafian itu bergantung pada identiti harta itu. Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya sama ada menghendaki harta itu dicamkan sebelum penafian milik itu dibuktikan atau membenarkan penafian milik itu dibuktikan sebelum harta itu dicamkan.
(d)
Dicadangkan untuk membuktikan suatu fakta (A) yang dikatakan telah menjadi sebab atau kesan sesuatu fakta persoalan. Terdapat beberapa fakta perantaraan (B, C dan D) yang mesti dibuktikan sebagai wujud sebelum fakta (A) itu boleh disifatkan sebagai sebab atau kesan fakta persoalan itu. Mahkamah boleh sama ada membenarkan A dibuktikan sebelum B, C atau D dibuktikan atau boleh menghendaki supaya B, C dan D dibuktikan sebelum membenarkan A dibuktikan.
Pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula