Malaysia legislation
Section 160
Seksyen 160
Seseorang saksi boleh juga memberikan keterangan tentang fakta yang disebut dalam mana-mana dokumen sedemikian yang disebut dalam seksyen 159, walaupun dia tidak mempunyai ingatan spesifik tentang fakta itu sendiri, jika dia yakin bahawa fakta itu telah direkodkan dengan betul dalam dokumen itu.
Undang-Undang Malaysia 112
Akta 56
Seseorang penyimpan kira-kira boleh memberikan keterangan tentang fakta yang telah direkodkan olehnya dalam buku kira-kira yang biasa disimpan dalam perjalanan urusan jika dia mengetahui bahawa buku kira-kira itu telah disimpan dengan betulnya, walaupun dia telah melupai transaksi tertentu yang telah dicatatkannya.