Malaysia legislation

Section 20

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 20

Pengakuan oleh orang yang disebut dengan nyata oleh pihak dalam guaman

Pernyataan yang dibuat oleh orang yang telah dirujuk dengan nyata oleh pihak dalam guaman untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan suatu perkara yang dipertikaikan ialah pengakuan.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 56

Soalnya adalah sama ada kuda yang dijual oleh A kepada B itu sihat.

A berkata kepada B: “Pergilah tanya C; C tahu segalanya berkenaan dengannya.” Pernyataan C ialah suatu pengakuan.