Malaysia legislation

Section 23

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 23

Bila pengakuan dalam kes sivil berkaitan

Dalam kes sivil sesuatu pengakuan tidaklah berkaitan jika pengakuan itu dibuat sama ada dengan sesuatu syarat nyata bahawa keterangan mengenainya tidak akan diberikan, atau dalam hal keadaan yang daripadanya mahkamah boleh membuat inferens bahawa pihak yang berkenaan telah sama-sama bersetuju supaya keterangan mengenainya tidak akan diberikan.

Huraian—Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira mengecualikan mana-mana peguam bela daripada memberikan keterangan mengenai apa-apa perkara yang dia boleh dipaksa memberikan keterangan mengenainya di bawah seksyen 126.

Bila pengakuan salah yang disebabkan oleh dorongan, ugutan atau janji menjadi tidak berkaitan dalam prosiding jenayah