Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Dalam prosiding jenayah, sesuatu pengakuan salah yang dibuat oleh orang tertuduh tidaklah berkaitan jika pembuatan pengakuan salah itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang tertuduh itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah itu, untuk memberi orang tertuduh itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pengakuan salah itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya.
Pengakuan salah kepada pegawai polis berpangkat rendah daripada Inspektor tidak boleh dibuktikan