Malaysia legislation

Section 33

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 33

Keterangan yang diberikan oleh seorang saksi dalam sesuatu prosiding kehakiman, atau di hadapan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengambil keterangan itu, adalah berkaitan bagi maksud membuktikan, dalam prosiding kehakiman kemudiannya, atau pada suatu peringkat yang kemudian dalam prosiding kehakiman yang sama, kebenaran fakta yang dinyatakan olehnya, apabila saksi itu telah mati atau tidak dapat ditemui atau tidak berupaya untuk memberikan keterangan, atau dihalang daripada memberikan keterangan oleh pihak menentang, atau jika kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat mahkamah tidak munasabah dalam hal keadaan kes itu:

(a)

prosiding itu adalah antara pihak yang sama atau wakilnya dari segi kepentingan;

(b)

pihak menentang dalam prosiding yang pertama itu mempunyai hak dan berpeluang untuk memeriksa balas;

(c)

masalah yang menjadi persoalan itu pada matannya adalah sama dalam prosiding yang pertama dengan yang kedua.

Huraian—Sesuatu perbicaraan jenayah atau siasatan hendaklah disifatkan sebagai suatu prosiding antara pendakwa dengan tertuduh mengikut pengertian seksyen ini.

Pernyataan Yang Dibuat Dalam Hal Keadaan Khas

Bila catatan dalam buku akaun berkaitan