Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tafsiran
“komputer” ertinya suatu peranti elektronik, magnet, optik, elektrokimia, atau peranti pemprosesan data yang lain, atau sekumpulan peranti tersaling hubung atau berkait, yang melaksanakan
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 56
fungsi logik, aritmetik, storan dan paparan, dan termasuklah apa-apa kemudahan storan data atau kemudahan komunikasi yang berkaitan secara langsung dengan atau dikendalikan bersama dengan peranti atau sekumpulan peranti tersaling hubung atau berkait itu, tetapi tidak termasuk suatu mesin taip atau mesin pengatur huruf berautomat, atau suatu kalkulator tangan mudah alih atau peranti seumpama lain yang tidak boleh diatur cara atau yang tidak mengandungi apa-apa kemudahan storan data;
“mahkamah” ertinya mahkamah yang ditubuhkan oleh atau di bawah Bahagian IX Perlembagaan Persekutuan dan termasuklah—
(a)
Hakim;
(b)
Hakim Mahkamah Sesyen;
(c)
Majistret; dan
(d)
tiap-tiap orang yang diberi kuasa menurut undang-undang untuk mengambil keterangan, kecuali penimbang tara;
“dokumen” ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan—
(a)
huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, lambang, atau apa jua pun bentuk pernyataan, perihalan, atau gambaran lain;
(b)
apa-apa rakaman visual (sama ada imej pegun atau bergerak);
(c)
apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman lain dan walau bagaimana jua pun dibuat, atau apa-apa bunyi, dedenyut elektronik, atau apa jua pun data lain;
(d)
suatu rakaman, atau pemancaran, dari suatu jarak, apa-apa hal dengan mana-mana, atau apa-apa kombinasi, cara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c),
Keterangan 15
atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan
(a)
, (b), (c) dan (d), yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua cara sekalipun menggambarkan, hal itu;
Tulisan ialah dokumen.
Perkataan yang dicetak, dilitograf atau difotograf ialah dokumen.
Peta, pelan, graf atau lakaran ialah dokumen.
Inskripsi pada kayu, logam, batu atau apa-apa benda, bahan atau barang lain ialah dokumen.
Lukisan, citra, gambar atau karikatur ialah dokumen.
Fotograf atau negatif ialah dokumen.
Rakaman pita komunikasi telefon, termasuklah rakaman komunikasi sedemikian yang dipancarkan dari suatu jarak, ialah dokumen.
Rakaman fotografi atau rakaman visual lain, termasuklah rakaman pemancaran fotografi atau pemancaran visual lain dari suatu jarak, ialah dokumen.
Hal yang dirakamkan, disimpan, diproses, didapatkan semula atau dikeluarkan oleh komputer ialah dokumen;
“keterangan” termasuklah—
(a)
segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubung dengan perkara fakta yang disiasat: pernyataan sedemikian disebut keterangan lisan;
(b)
segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan mahkamah: dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar;
“fakta” ertinya dan termasuklah—
(a)
apa-apa benda, keadaan benda atau hubungan benda yang boleh ditanggap dengan pancaindera;
(b)
apa-apa keadaan mental yang disedari oleh mana-mana orang;
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 56
(a)
Bahawa adanya benda-benda tertentu yang diatur mengikut susunan tertentu di tempat tertentu ialah suatu fakta.
(b)
Bahawa seseorang telah mendengar atau melihat sesuatu ialah suatu fakta.
(c)
Bahawa seseorang telah menyebut perkataan tertentu ialah suatu fakta.
(d)
Bahawa seseorang berpegang pada pendapat tertentu, mempunyai niat tertentu, bertindak dengan suci hati atau secara fraud, atau menggunakan perkataan tertentu dengan pengertian tertentu, atau sedang atau telah pada suatu masa tertentu sedar akan perasaan tertentu, ialah suatu fakta.
(e)
Bahawa seseorang mempunyai reputasi tertentu ialah suatu fakta;
“fakta persoalan” ertinya apa-apa fakta yang daripadanya, sama ada dengan sendiri atau berkaitan dengan fakta lain, wujudnya, tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketidakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam mana-mana guaman atau prosiding, semestinya dapat disimpulkan;
A dituduh membunuh B.
Dalam perbicaraannya fakta yang berikut boleh menjadi persoalan:
bahawa A telah menyebabkan kematian B;
bahawa A telah berniat hendak menyebabkan kematian B;
bahawa A telah mendapat bangkitan marah besar dan mengejut daripada B;
bahawa A, pada masa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian
B, tidak berupaya mengetahui sifat perbuatannya itu oleh sebab tidak sempurna akal;
“filem” termasuklah mikrofilem dan apa-apa negatif;
“mikrofilem” ertinya apa-apa bahan lutsinar yang mempunyai imej visual dalam saiz yang dikurangkan sama ada secara tunggal atau sebagai suatu siri dan termasuklah mikrofis;
“negatif” ertinya suatu fotograf negatif lutsinar pada apa-apa benda atau bahan, dan termasuklah apa-apa fotograf negatif lutsinar yang dibuat daripada fotograf negatif asal;
Keterangan 17
“terbukti”: sesuatu fakta dikatakan “terbukti” apabila, setelah menimbangkan perkara di hadapannya, mahkamah sama ada mempercayai bahawa fakta itu wujud atau berpendapat bahawa kewujudan fakta itu adalah sebegitu mungkin sehingga seseorang yang berhemat patut, dalam keadaan hal tertentu, bertindak atas anggapan bahawa fakta itu wujud;
“terbukti sebaliknya”: sesuatu fakta dikatakan “terbukti sebaliknya” apabila, setelah menimbangkan perkara di hadapannya, mahkamah sama ada mempercayai bahawa fakta itu tidak wujud atau berpendapat ketidakwujudan fakta itu adalah sebegitu mungkin sehingga seseorang yang berhemat patut, dalam keadaan hal tertentu, bertindak atas anggapan bahawa fakta itu tidak wujud;
“tidak terbukti”: sesuatu fakta dikatakan “tidak terbukti” apabila fakta itu tidak terbukti atau tidak terbukti sebaliknya;
“berkaitan”: satu fakta dikatakan berkaitan dengan satu fakta lain apabila fakta yang satu itu mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi itu dengan apa-apa cara yang disebut dalam peruntukan
Akta ini yang berhubungan dengan keberkaitan fakta.
Anggapan