Malaysia legislation

Section 78

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 78

Pembuktian bagi dokumen rasmi tertentu

(a)

tindakan, perintah atau pemberitahuan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri di dalam mana-mana jabatannya—

(i)

melalui rekod jabatan itu yang diperakui oleh ketua jabatan itu masing-masing;

(ii)

oleh Menteri, dalam hal Kerajaan Malaysia, dan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri, Menteri

Negeri (jika ada), Setiausaha Kerajaan Negeri atau

Setiausaha Tetap kepada Menteri Besar atau Ketua

Menteri dalam hal Kerajaan Negeri; atau

(iii)

melalui apa-apa dokumen yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan;

(b)

prosiding Parlimen atau mana-mana badan perundangan persekutuan yang wujud di Malaysia sebelum Parlimen ditubuhkan atau prosiding badan perundangan mana-mana

Negeri—

melalui minit mesyuarat badan itu, atau melalui

Akta Parlimen, Ordinan, Enakmen atau ringkasan yang disiarkan atau, melalui salinan yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan;

(c)

proklamasi, perintah atau peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Raja United Kingdom atau oleh Majlis

Privy atau oleh mana-mana Menteri atau jabatan Kerajaan

United Kingdom—

melalui salinan atau cabutan yang terkandung dalam

Warta London atau dalam Warta atau dalam mana-mana Warta Negeri atau yang berupa sebagai dicetak oleh Pencetak Kerajaan British;

Undang-Undang Malaysia 66

Akta 56

(d)

tindakan Eksekutif atau prosiding badan perundangan sesuatu negara asing—

melalui jurnal yang disiarkan dengan kuasanya atau yang biasanya diterima di negara itu sebagai sedemikian, melalui salinan yang diperakui di bawah meterai negara itu atau pemerintah berdaulat atau melalui suatu pengiktirafan mengenainya dalam sesuatu Akta,

Ordinan atau Enakmen Malaysia atau mana-mana

Negeri;

(e)

prosiding sesuatu badan perbandaran, lembaga bandaran atau pihak berkuasa tempatan yang lain di Malaysia—

melalui suatu salinan prosiding itu yang diperakui oleh penyimpannya yang sah, atau melalui suatu buku bercetak yang berupa sebagai diterbitkan dengan kuasa badan itu;

(f)

dokumen awam daripada apa-apa jenis lain di sesuatu negara asing—

melalui dokumen asal atau melalui salinan yang diperakui oleh penyimpannya yang sah, berserta suatu perakuan yang dimeterai dengan meterai notari awam atau pegawai konsul Malaysia bahawa salinan itu diperakui dengan sewajarnya oleh pegawai yang mempunyai jagaan yang sah ke atas dokumen asal itu dan apabila sifat dokumen itu dibuktikan mengikut undang-undang negara asing itu.

(2)

Salinan Akta, Ordinan dan Statut yang diluluskan oleh badan perundangan mana-mana bahagian Komanwel dan salinan perintah, peraturan dan surat cara lain yang dikeluarkan atau dibuat di bawah kuasa mana-mana Akta, Ordinan atau Statut itu, jika berupa sebagai dicetak oleh Pencetak Kerajaan, bolehlah diterima sebagai keterangan oleh semua mahkamah di Malaysia tanpa apa-apa bukti diberikan bahawa salinan itu telah dicetak sedemikian.

(3)

Dalam seksyen ini “Pencetak Kerajaan”, berkenaan dengan mana-mana bahagian Komanwel, ertinya pencetak yang berupa sebagai pencetak yang diberi kuasa untuk mencetak Akta, Ordinan atau Statut badan perundangan wilayah itu, atau selainnya sebagai

Pencetak Kerajaan wilayah itu.

Keterangan 67

Pembuktian dokumen awam yang dikeluarkan oleh komputer 78a.  Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 77 dan 78, peruntukan seksyen 90a, 90b dan 90c hendaklah terpakai bagi dokumen awam.

Anggapan tentang Dokumen

Anggapan tentang ketulenan salinan diperakui

Section 78 — AKTA KETERANGAN 1950 | mylaw.my