Malaysia legislation

Section 80

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 80

Bilamana dikemukakan di hadapan mana-mana mahkamah apa-apa dokumen yang berupa sebagai suatu rekod atau memorandum mengenai keterangan atau mengenai mana-mana bahagian keterangan yang telah diberikan oleh saksi dalam sesuatu prosiding kehakiman atau di hadapan mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengambil keterangan itu, atau yang berupa sebagai pernyataan atau pengakuan salah oleh mana-mana banduan atau orang tertuduh, yang telah diambil mengikut undang-undang dan yang berupa sebagai ditandatangani

Undang-Undang Malaysia 68

Akta 56

oleh mana-mana Hakim, Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau oleh mana-mana pegawai sedemikian yang disebut terdahulu, mahkamah hendaklah menganggap bahawa—

(a)

dokumen itu adalah tulen;

(b)

apa-apa pernyataan yang berupa sebagai dibuat oleh orang yang menandatanganinya tentang hal keadaan yang dalamnya ia diambil, adalah benar; dan

(c)

keterangan, pernyataan atau pengakuan salah itu telah diambil dengan sewajarnya.

Anggapan tentang Warta, akhbar, dsb.

Section 80 — AKTA KETERANGAN 1950 | mylaw.my