Malaysia legislation

Section 81

of AKTA KETERANGAN 1950

Seksyen 81

Mahkamah hendaklah menganggap ketulenan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai Warta, Warta Negeri, atau Warta London, atau

Warta Kerajaan mana-mana bahagian Komanwel, atau sebagai Warta yang dikeluarkan oleh Kerajaan tempatan mana-mana bahagian

Komanwel, atau berupa sebagai akhbar atau jurnal, atau sebagai salinan Akta persendirian Parlimen yang dicetak oleh Pencetak

Kerajaan British, dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dokumen yang diarahkan oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh mana-mana orang, jika dokumen itu disimpan pada matannya mengikut cara yang dikehendaki oleh undang-undang dan dikemukakan daripada jagaan wajar.

Huraian—lihat huraian kepada seksyen 90.

Anggapan tentang dokumen yang boleh diterima di England tanpa bukti mengenai meterai atau tandatangan