Malaysia legislation
Section 92
Seksyen 92
Apabila terma mana-mana kontrak, pemberian atau pelupusan lain harta, atau apabila apa-apa perkara yang dikehendaki oleh undang-undang supaya diubah ke dalam bentuk dokumen, telah dibuktikan mengikut seksyen 91, tiada keterangan mengenai apa-apa perjanjian atau pernyataan lisan boleh diterima antara pihak kepada mana-mana surat cara itu atau wakilnya dari segi kepentingan bagi maksud menyangkal, mengubah, menambah atau mengurangkan termanya:
(a)
apa-apa fakta yang akan menidaksahkan apa-apa dokumen atau yang akan memberi hak kepada mana-mana orang mendapat apa-apa dekri atau perintah yang berhubungan dengannya boleh dibuktikan, seperti fraud, intimidasi, kepenyalahan undang-undang, ketiadaan penyempurnaan wajar, ketiadaan keupayaan mana-mana pihak pejanji, fakta bahawa ia tersalah tarikh, ketiadaan atau kemungkiran balasan, atau kesilapan fakta atau undang-undang;
(b)
kewujudan mana-mana perjanjian lisan yang berasingan tentang apa-apa perkara yang tidak disebut dalam sesuatu dokumen dan yang tidak selaras dengan termanya, boleh dibuktikan, dan dalam meniimbangkan sama ada proviso ini terpakai atau tidak, mahkamah hendaklah memberi perhatian terhadap tahap formaliti dokumen itu;
(c)
kewujudan mana-mana perjanjian lisan yang berasingan yang menjadi syarat duluan bagi pengenaan apa-apa obligasi di bawah mana-mana kontrak, pemberian atau pelupusan harta itu boleh dibuktikan;
Keterangan 79
(d)
kewujudan mana-mana perjanjian lisan kemudian yang berlainan, bagi membatalkan atau mengubahsuaikan mana-mana kontrak, pemberian atau pelupusan harta itu, boleh dibuktikan kecuali dalam hal yang dalamnya kontrak, pemberian atau pelupusan harta itu dikehendaki oleh undang-undang supaya dibuat secara bertulis, atau telah didaftarkan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini tentang pendaftaran dokumen;
(e)
apa-apa kelaziman atau adat yang menurutnya insiden yang tidak disebut secara nyata dalam mana-mana kontrak biasanya ditambah kepada kontrak daripada perihalan itu boleh dibuktikan jika penambahan mana-mana insiden itu tidak akan menjadi tidak bersesuaian atau tidak selaras dengan terma nyata kontrak itu; dan
(f)
apa-apa fakta yang menunjukkan cara bagaimana bahasa sesuatu dokumen itu berhubung dengan fakta yang sedia ada boleh dibuktikan.
(a)
Suatu polisi insurans telah diambil bagi barang-barang “dalam kapal dari Pulau Pinang ke London”. Barang-barang itu dibawa dalam suatu kapal tertentu dan kapal itu tenggelam. Fakta bahawa kapal tertentu itu telah dikecualikan secara lisan daripada polisi itu tidak boleh dibuktikan.
(b)
A bersetuju dengan mutlaknya secara bertulis hendak membayar
RM1,000 kepada B pada 1 Mac 1893. Fakta bahawa pada masa yang sama suatu perjanjian lisan telah dibuat bahawa wang itu tidak perlu dibayar sehingga 31 Mac tidak boleh dibuktikan.
(c)
Suatu estet yang dipanggil “Ladang Teh Kranji” telah dijual menurut suatu dokumen yang mengandungi peta ladang yang dijual itu. Fakta bahawa tanah yang tidak termasuk dalam peta itu telah sentiasanya dianggap sebagai sebahagian daripada estet itu dan telah dimaksudkan supaya berpindah hakmilik menurut dokumen itu tidak boleh dibuktikan.
(d)
A membuat kontrak bertulis dengan B untuk mengusahakan lombong tertentu kepunyaan B, atas terma tertentu. A telah didorong berbuat demikian oleh suatu salahnyataan oleh B tentang nilai lombong itu. Fakta ini boleh dibuktikan.
(e)
A memulakan suatu guaman terhadap B untuk pelaksanaan spesifik suatu kontrak, dan juga meminta supaya kontrak itu dibentuk semula tentang salah satu peruntukannya atas alasan bahawa peruntukan itu telah dimasukkan dengan tersilap. A boleh membuktikan bahawa kesilapan itu telah dibuat yang akan memberinya hak di sisi undang-undang untuk mendapatkan kontrak itu dibentuk semula.
Undang-Undang Malaysia 80
Akta 56
(f)
A memesan barang-barang daripada B melalui surat tanpa apa-apa jua disebut tentang tempoh pembayarannya, dan menerima barang-barang itu apabila diserahkan. B membawa guaman terhadap A untuk mendapatkan bayaran bagi harga barang-barang itu. A boleh membuktikan bahawa barang-barang itu telah dibekalkan secara kredit bagi suatu tempoh yang masih belum tamat.
(g)
A menjual seekor kuda kepada B dan memberikannya waranti lisan bahawa kuda itu tidak cacat. A memberi B kertas yang mengandungi perkataan ini: “Telah dibeli daripada A seekor kuda dengan harga RM300.” B boleh membuktikan waranti lisan itu.
(h)
A menyewa lojing daripada B dan memberikan kepada B suatu kad yang bertulis: “Bilik RM80 sebulan.” A boleh membuktikan suatu perjanjian lisan bahawa terma ini termasuklah penyediaan sebahagian daripada makanan.
A menyewa lojing daripada B selama satu tahun, dan suatu perjanjian yang bersetem mengikut aturan yang telah dibuat oleh seorang peguam dibuat antara mereka. Perjanjian itu tidak menyebut apa-apa mengenai makanan.
A tidak boleh membuktikan bahawa makanan telah dimasukkan ke dalam syarat-syarat itu secara lisan.
(i)
A meminta B supaya membayar hutang yang kena dibayar kepada A dengan mengirimkan resit bagi wang itu. B menyimpan resit itu dan tidak menghantarkan wang itu. Dalam guaman untuk mendapatkan amaun itu A boleh membuktikan perkara ini.
(j)
A dan B membuat suatu kontrak secara bertulis yang akan berkuat kuasa apabila berlakunya kontingensi tertentu. Surat kontrak itu ditinggalkan dengan B, dan B membawa guaman terhadap A berasaskannya. A boleh menunjukkan hal keadaan yang dalamnya surat kontrak itu telah diserahkan.
Penyingkiran keterangan yang menghuraikan atau meminda dokumen yang taksa