Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen,
Mahkamah Majistret dan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi undang-undang;
6
Undang-Undang Malaysia
“pegawai perubatan” ertinya seorang pengamal perubatan berdaftar dalam perkhidmatan awam dan termasuklah seorang pengamal perubatan berdaftar dalam mana-mana hospital pelatih perubatan sesuatu universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan
Kolej Universiti 1971 [Akta 30];
“pegawai polis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Polis 1967 [Akta 344];
“pendengaran khas” ertinya suatu pendengaran khas yang dikendalikan oleh Mahkamah, yang keterangan pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula seseorang saksi kanak-kanak direkod terlebih dahulu;
“rakaman video”, berhubung dengan saksi kanak-kanak, ertinya suatu rakaman video mengenai keterangan lisan saksi kanak-kanak, dalam bentuk temu bual yang diadakan antara seorang pegawai polis dengan saksi kanak-kanak, yang diungkapkan dalam apa-apa format, dibuat bagi tujuan penerimaannya sebagai keterangan pemeriksaan utama saksi kanak-kanak;
“rangkaian secara langsung” ertinya suatu rangkaian televisyen secara langsung atau perkiraan lain yang seseorang saksi kanak-kanak, walaupun tidak hadir di bilik perbicaraan atau di tempat lain yang prosiding dijalankan, boleh melihat dan mendengar seseorang di dalam bilik perbicaraan atau di tempat lain itu dan untuk dilihat dan didengar oleh orang yang dinyatakan dalam perenggan 4(2)(a) hingga (d);
“saksi kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun yang dipanggil atau dicadangkan untuk dipanggil untuk memberi keterangan dalam mana-mana prosiding tetapi tidak termasuk seorang tertuduh atau seorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan.
Keterangan Saksi Kanak-Kanak 7