Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 [Akta 676], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “pegawai polis”
takrif yang berikut:
‘ “pendengaran khas” ertinya suatu pendengaran khas yang dikendalikan oleh Mahkamah, yang keterangan pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula seseorang saksi kanak-kanak direkod terlebih dahulu;’; dan
(b)
dalam takrif “saksi kanak-kanak”, dengan menggantikan perkataan “enam belas tahun” dengan perkataan
“lapan belas tahun”.
Pindaan seksyen 3