Malaysia legislation

Section 4

of AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2023

Seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6

seksyen yang berikut:

“Pendengaran khas 6a.  (1)  Jika Mahkamah mengarahkan supaya keterangan saksi kanak-kanak diberikan melalui suatu pendengaran khas,

Mahkamah boleh menentukan masa dan tempat pendengaran khas hendaklah dikendalikan dan orang yang boleh hadir semasa pendengaran khas itu.

(2)

Semasa pendengaran khas itu, seseorang saksi kanak-kanak hendaklah mula-mulanya diperiksa secara utama oleh pihak kepada prosiding yang memangggilnya, kemudiannya, diperiksa balas jika dikehendaki sedemikian oleh pihak menentang, kemudiannya pula, diperiksa semula jika dikehendaki sedemikian oleh pihak yang telah memanggil saksi kanak-kanak itu.

(3)

Jika keterangan saksi kanak-kanak telah diberikan melalui suatu pendengaran khas, saksi kanak-kanak itu tidak boleh dipanggil semula untuk pemeriksaan utama, pemeriksaan balas atau pemeriksaan semula selanjutnya dalam prosiding kes itu melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa—

(a)

pemeriksaan itu diminta oleh suatu pihak kepada prosiding itu disebabkan setelah pihak itu menyedari pada masa keterangan itu direkodkan mengenai hal perkara yang tidak dapat dipastikan oleh pihak itu dengan usaha yang munasabah pada ketika itu; atau

(b)

demi kepentingan keadilan untuk membenarkan pemeriksaan lanjut saksi kanak-kanak itu jika keterangan saksi kanak-kanak itu didapati oleh Mahkamah penting untuk mencapai keputusan yang adil dalam kes itu.

(4)

Seseorang saksi kanak-kanak semasa pendengaran khas boleh memberikan keterangan dengan cara mengadakan suatu pengadang di antara kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan atau dengan cara rangkaian secara langsung atau gabungan kedua-duanya.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, Mahkamah boleh, jika perlu, memberikan apa-apa arahan mengenai apa-apa hal perkara lain yang berhubungan dengan pendengaran khas sebagaimana yang Mahkamah fikirkan sesuai.

Soalan tidak wajar 6b.  (1)  Mahkamah hendaklah melarang apa-apa soalan tidak wajar kepada saksi kanak-kanak yang didapati oleh Mahkamah sebagai—

(a)

memperdayakan atau mengelirukan;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1688

(b)

menghina, menakut-nakutkan, mengaibkan, mengganggu, menggusarkan, menyinggung, menindas atau mengulang secara tidak perlu;

(c)

memperkecil-kecilkan dalam cara atau nadanya atau selainnya tidak sesuai; atau

(d)

tidak berasas malah yang membuat tanggapan stereotaip berdasarkan jantina, ras, budaya atau etnik, umur atau ketidakupayaan saksi kanak-kanak itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Mahkamah boleh mengambil kira umur, kematangan, kerentanan atau ketidakupayaan saksi kanak-kanak itu dan juga latar belakang budaya atau kepercayaan agama saksi kanak-kanak itu.”.

Pindaan seksyen 7

Section 4 — AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2023