Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 2
bahagian yang berikut:
“Bahagian Ia
KEKOMPETENAN SAKSI KANAK-KANAK,
KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK YANG DIBERIKAN
DENGAN SUMPAH ATAU SELAINNYA DAN KETERANGAN
TANPA SOKONGAN SAKSI KANAK-KANAK
Kekompetenan saksi kanak-kanak 2a. (1) Semua saksi kanak-kanak hendaklah dianggap kompeten untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding.
(2)
Seseorang saksi kanak-kanak tidak kompeten untuk memberikan keterangan dalam suatu prosiding jika Mahkamah mendapati, berdasarkan inkuiri yang dijalankan di bawah seksyen 2c, bahawa saksi kanak-kanak itu tidak boleh memahami soalan yang dikemukakan kepadanya atau memberikan jawapan yang rasional kepada soalan yang dikemukakan kepadanya dalam prosiding itu.
Keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya 2b. (1) Seseorang saksi kanak-kanak hendaklah memberikan keterangan dengan sumpah dalam suatu prosiding jika dia telah mencapai umur dua belas tahun dan memahami sifat sumpah.
Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan)
(2)
Saksi kanak-kanak yang belum mencapai umur dua belas tahun atau tidak memahami sifat sumpah boleh memberikan keterangan tanpa sumpah dalam suatu prosiding dan Mahkamah hendaklah, sebelum saksi kanak-kanak itu memberikan keterangan, memaklumkan saksi kanak-kanak itu bahawa dia mempunyai kewajipan untuk bercakap benar dan menghendaki saksi kanak-kanak itu berjanji untuk bercakap benar.
(3)
Apabila seseorang saksi kanak-kanak memberikan keterangan dalam suatu prosiding dan semasa memberikan keterangannya saksi kanak-kanak itu mencapai umur dua belas tahun, dia boleh terus memberikan keterangannya dengan syarat bahawa dia mengangkat sumpah dan kegagalannya untuk mengangkat sumpah apabila mencapai umur dua belas tahun tidak menjadikan keterangannya tidak boleh diterima.
(4)
Keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan tanpa sumpah di bawah subseksyen (2) hendaklah, jika diterima oleh Mahkamah, dilayan dengan cara yang sama seolah-olah keterangan itu telah diberikan dengan sumpah.
Inkuiri mengenai kekompetenan saksi kanak-kanak dan keupayaan saksi kanak-kanak untuk memahami sifat sumpah 2c. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika kekompetenan seseorang saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan atau keupayaan saksi kanak-kanak untuk memahami sifat sumpah apabila memberikan keterangan dipersoalkan, Mahkamah boleh menjalankan suatu inkuiri mengenai kekompetenan saksi kanak-kanak itu untuk memberikan keterangan atau mengenai keupayaan saksi kanak-kanak itu untuk memahami sifat sumpah apabila memberikan keterangan.
(2)
Inkuiri di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan sebelum seseorang saksi kanak-kanak mula memberikan keterangannya dan jika difikirkan perlu oleh Mahkamah, pada bila-bila masa selepas saksi kanak-kanak itu telah mula memberikan keterangannya tetapi sebelum saksi kanak-kanak itu selesai memberikan keterangannya.
(3)
Mahkamah hendaklah menjalankan inkuiri itu dengan kehadiran pihak-pihak kepada prosiding dan boleh, jika perlu, menghendaki keterangan daripada mana-mana saksi lain
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1731
untuk diberikan semasa inkuiri itu bagi membolehkan
Mahkamah mencapai keputusannya tentang kekompetenan saksi kanak-kanak itu untuk memberikan keterangan atau keupayaan saksi kanak-kanak itu untuk memahami sifat sumpah apabila memberikan keterangan.
(4)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
pertanyaan soalan kepada saksi-saksi hanya boleh dibuat oleh Mahkamah; dan
(b)
jika saksi yang akan dipanggil ialah seorang kanak-kanak, segala langkah yang diperuntukkan di bawah Akta ini hendaklah terpakai untuk memudahkan pemberian keterangan oleh saksi kanak-kanak itu.
Keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak 2d. (1) Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, seseorang tertuduh boleh disabitkan atau seseorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan boleh didapati bersalah bagi suatu kesalahan berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.
(2)
Mana-mana rukun yang memperuntukkan bahawa seseorang tertuduh tidak boleh disabitkan atau seseorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan tidak boleh didapati bersalah bagi suatu kesalahan berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya hendaklah terhenti terpakai.
(3)
Mana-mana rukun yang menghendaki Mahkamah untuk memperingatkan dirinya sebelum mensabitkan seseorang tertuduh atau membuat dapatan bahawa seseorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan bersalah bagi suatu kesalahan berasaskan keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya semata-mata kerana keterangan itu diberikan oleh seseorang kanak-kanak hendaklah juga terhenti terpakai.
Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan)
7
Bahagian Ib
PENGURUSAN KES
Pengurusan kes 2e. (1) Apabila Mahkamah memulakan proses pengurusan kes di bawah seksyen 172b Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]
dan seorang saksi kanak-kanak dicadangkan untuk dipanggil memberikan keterangan dalam suatu prosiding, Mahkamah boleh, semasa pengurusan kes itu, memberikan arahan mengenai cara memberikan keterangan oleh saksi kanak-kanak itu dan mengenai pengendalian pemeriksaan saksi kanak-kanak itu dalam prosiding itu untuk membolehkan pemeriksaan saksi kanak-kanak itu dijalankan secara berkesan dan untuk menggalakkan suatu perbicaraan yang adil dan cepat.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), jika pengurusan kes itu adalah berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah
Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017
[Akta 792], atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam
Jadual kepada Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap
Kanak-Kanak 2017 sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, dan seorang saksi kanak-kanak dicadangkan untuk dipanggil memberikan keterangan dalam prosiding yang berhubungan dengan kesalahan itu, Mahkamah hendaklah memberikan arahan yang disebut dalam subseksyen (1).
(3)
Arahan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh termasuk—
(a)
cara pertanyaan soalan kepada saksi kanak-kanak itu dan soalan yang boleh atau tidak boleh ditanya berhubung dengan isu tertentu dan pengungkapan soalan kepada saksi kanak-kanak itu;
(b)
anggaran tempoh pemeriksaan saksi kanak-kanak itu termasuk berhenti rehat; dan
(c)
penggunaan apa-apa kelengkapan atau alat untuk membantu menyampaikan soalan kepada saksi kanak-kanak itu dan untuk memperoleh jawapan daripada saksi kanak-kanak itu.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1731
(4)
Semasa pengurusan kes, Mahkamah—
(a)
hendaklah memberikan semua pihak peluang untuk didengar; dan
(b)
boleh memanggil dan menerima keterangan pakar untuk membantu Mahkamah dalam membuat suatu pendapat yang berhubungan dengan—
(i)
cara terbaik untuk berkomunikasi dengan saksi kanak-kanak itu; dan
(ii)
apa-apa langkah yang mungkin dikehendaki untuk membantu saksi kanak-kanak itu memberikan keterangan.
(5)
Dalam memberikan arahan yang disebut dalam subseksyen (1), Mahkamah boleh mengambil kira—
(a)
umur saksi kanak-kanak itu;
(b)
apa-apa keperluan khas saksi kanak-kanak itu;
(c)
sifat kesalahan yang berkenaan;
(d)
hubungan antara saksi kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan;
(e)
kemahuan saksi kanak-kanak itu; dan
(f)
ketersediaan apa-apa kelengkapan, alat atau kemudahan yang perlu untuk membantu saksi kanak-kanak itu memberikan keterangan.
(6)
Peruntukan seksyen ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan seksyen 172b
Kanun Tatacara Jenayah.”.
Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan)
9
Pindaan seksyen 6