Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Jadual 1 kepada Akta ibu adalah dipinda—
(a)
dengan menggantikan perkataan "Kumpulan orang dan perkongsian" dalam nota birai kepada perenggan 1 dengan perkataan "Kumpulan orang, perkongsian dan kepunyaan bersama"; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperenggan 1(2) subperenggan (3) yang berikut—
"(3) Berkenaan dengan kepunyaan bersama pelupusan oleh seorang daripada kepunyaan bersama tentang syernya terhadap aset yang boleh dikenakan cukai hendaklah disifatkan menjadi pelupusan sebahagian daripada suatu aset olehnya sendiri dan ia boleh ditaksir dan dikenakan cukai atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai akibat dari pelupusan itu.".
Pindaan bagi Jadual 2