Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Jadual 2 kepada Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas subperenggan 24(2) subperenggan (3) yang berikut—
“(3) Bagi maksud-maksud perenggan ini istilah 'ansuran' merujuk kepada dua bayaran atau lebih dari harga pemerolehan (lain daripada apa-apa deposit atau bayaran pendahuluan sebagaimana ditetapkan dalam perjanjian) sebagaimana dipersetujui oleh pihak-pihak itu.”.