Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Seksyen 16 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, yang disebut "Akta ibu" dalam Bab ini, adalah dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
Pindaan seksyen 16. Akta 169.
(i)
dengan memotong perkataan-perkataan "dan hendaklah memasukkan dalam taksiran itu sejumlah wang yang sama banyaknya dengan sepuluh peratus daripada amaun itu, yang hendaklah disifatkan sebagai suatu kenaikan dari jenis yang disebutkan dalam seksyen 21 (4)";
(ii)
dengan memasukkan, selepas itu, subseksyen baru (1A) yang berikut:
“(1A) Jika Ketua Pengarah membuat suatu taksiran ke atas pemeroleh di bawah subseksyen (1) (b), maka hendaklah dimasukkan dalam taksiran itu sejumlah wang yang sama banyaknya dengan sepuluh peratus daripada cukai yang kena dibayar oleh pelupus itu, yang hendaklah disifatkan sebagai satu kenaikan daripada jenis yang disebutkan dalam seksyen 21 (4).”; dan
(b)
dalam subseksyen (2), dengan memotong angka “(1)” dalam perenggan (b).
Pindaan seksyen 17.