Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, yang disebut "Akta ibu" dalam Bab ini, adalah dipinda dalam seksyen 2—
(a)
dalam takrif "chargeable person" dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas subperenggan (i) subperenggan yang berikut:
“(ii) Malaysia-Thailand Joint Authority,";
(b)
dalam takrif "chargeable person" dalam subseksyen (1), dengan menomborkan semula subperenggan (ii) yang sedia ada sebagai subperenggan (iii);
(c)
dengan memasukkan selepas takrif "entertainment" dalam subseksyen (1) takrif yang berikut:
"Joint Development Area" has the meaning assigned thereto by the Malaysia-Thailand Joint Authority Act 1990;';
(d)
dalam takrif "petroleum agreement" dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan-perkataan "Petroleum Nasional
Berhad" perkataan-perkataan "or the Malaysia-Thailand Joint Authority";
(e)
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan-perkataan "Petroleum Nasional Berhad" perkataan-perkataan "or the Malaysia-Thailand Joint Authority";
(f)
dalam subperenggan (4)(a)(ii), dengan memasukkan selepas perkataan-perkataan "Petroleum Nasional Berhad" perkataan-perkataan "or the Malaysia-Thailand Joint Authority"; dan
(g)
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
" (5) For the purposes of this Act, the date of production in relation to a petroleum agreement with the Malaysia-Thailand Joint Authority means the date of first commercial production of petroleum under that agreement.".
Pindaan seksyen 4.