Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 107c
Walau apa pun subseksyen 107c(5) Akta ibu, jika suatu anggaran cukai yang kena dibayar bagi tahun taksiran 2027 telah dikemukakan mengikut subseksyen 107c(2) Akta ibu, amaun itu hendaklah dibayar kepada Ketua Pengarah dalam ansuran bulanan yang sama banyak yang ditentukan mengikut bilangan bulan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu tolak satu bulan, dan setiap ansuran hendaklah dibayar pada tarikh genap masa bermula bulan kedua tempoh asas bagi tahun taksiran itu.