Malaysia legislation

Section 23

of AKTA KEWANGAN 2025

Seksyen 23

Pindaan seksyen 21b

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Tertakluk kepada subseksyen (1a), (1b) dan (1c), jika suatu pelupusan yang seksyen 13 terpakai baginya dan balasan itu terdiri kesemuanya atau sebahagiannya daripada wang, pemeroleh itu hendaklah—

(a)

memegang simpan kesemua wang itu;

(b)

memegang simpan suatu jumlah wang tidak melebihi tiga peratus daripada jumlah nilai balasan itu; atau

(c)

memegang simpan amaun cukai atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang disifatkan telah ditaksirkan di bawah subseksyen 14(1), mengikut mana-mana yang kurang dan, sama ada amaun itu dipegang simpan atau tidak, dalam tempoh enam puluh hari selepas tarikh pelupusan itu membayar amaun itu kepada Ketua Pengarah.”;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 874

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1a) dengan subseksyen yang berikut:

“(1a)  Tertakluk kepada subseksyen (1c), jika suatu pelupusan di bawah subseksyen (1) dibuat oleh seorang pelupus di bawah Bahagian II Jadual 5

berhubung dengan suatu pelupusan dalam tempoh tiga tahun selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai, pemeroleh itu hendaklah—

(a)

memegang simpan kesemua wang itu;

(b)

memegang simpan suatu jumlah wang tidak melebihi lima peratus daripada jumlah nilai balasan itu; atau

(c)

memegang simpan amaun cukai atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang disifatkan telah ditaksirkan di bawah subseksyen 14(1), mengikut mana-mana yang kurang dan, sama ada amaun itu dipegang simpan atau tidak, dalam tempoh enam puluh hari selepas tarikh pelupusan itu membayar amaun itu kepada Ketua Pengarah.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1a) subseksyen yang berikut:

“(1b)  Tertakluk kepada subseksyen (1c), jika suatu pelupusan di bawah subseksyen (1) dibuat oleh seorang pelupus di bawah Bahagian III Jadual 5, pemeroleh itu hendaklah—

(a)

memegang simpan kesemua wang itu;

(b)

memegang simpan suatu jumlah wang tidak melebihi tujuh peratus daripada jumlah nilai balasan itu; atau

Kewangan 19

(c)

memegang simpan amaun cukai atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang disifatkan telah ditaksirkan di bawah subseksyen 14(1), mengikut mana-mana yang kurang dan, sama ada amaun itu dipegang simpan atau tidak, dalam tempoh enam puluh hari selepas tarikh pelupusan itu membayar amaun itu kepada Ketua Pengarah.

(1c)

Berhubung dengan amaun yang dipegang simpan di bawah subseksyen (1), (1a) atau (1b),

Ketua Pengarah boleh dalam hal keadaan khas membenarkan pelanjutan masa bagi amaun itu dibayar.

(1d)

Perenggan (1)(c), (1a)(c) atau (1b)(c) hanya boleh terpakai jika pemberitahuan di bawah subseksyen 13(9)

diterima oleh pemeroleh itu sebelum amaun yang dipegang simpan di bawah perenggan (1)(a) atau (b),

(1a)

(a)

atau (b), atau (1b)(a) atau (b) itu dibayar kepada Ketua Pengarah.”;

(d)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen (1),” perkataan “(1a) atau (1b),”;

(e)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen (1)” di mana-mana jua terdapat perkataan “, (1a) atau (1b)”;

(f)

dalam subseksyen (4), dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen (1)” di mana-mana jua terdapat perkataan “, (1a) atau (1b)”; dan

(g)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan

“seksyen 13” dengan perkataan “subseksyen 13(6)”.

Pindaan seksyen 24